Ahad, 17 Julai 2011

PERBEZAAN ADAT PERPATIH DENGAN TEMENGGUNG.

Rumah adat Minangkabau

1. Memutuskan Perkara

Menghadapi sesuatu permasalahan dalam memutuskan perkara, PERPATIH NAN SEBATANG berpedoman kepada Tuah karena sekata, mulanya rundingan dimufakati, dilahir sudah sama nyata, dibatin boleh dilihat.
    Artinya sesuatu pekerjaan atau menghadapi sesuatu persolan terlebih dahulu hendaklah dimufakati, dimusyawarahkan. Hasil dari mufakat ini benar-benar atas suara bersama.

Sedangkan TEMENGGUNG  berdasarkan kepada Yang digaris yang dipahat, yang diukur yang dicoreng : baris boleh dilihat, cupak penuh gantangnya bumbung.
    Pengertian segala undang-undang atau peraturan yang dibuat sebelumnya dan sudah menjadi keputusan bersama harus dilaksanakan dengan arti kata “terbujur lalu melintang patah”.


2. Mengambil Keputusan
Dalam mengambil suatu keputusan adat PERPATIH NAN SEBATANG  berpedoman kepada  kata seorang dibulati, kata bersama kata mufakat, sudah dapat kata yang sebuah, pipih tidak bersudut, bulat tidak bersanding, terkurung makanan kunci, terpaut makanan lantak, seukur maka terjadi, sesuai maka dipasangkan, putus gayung karena belebas, putus kata karena mufakat, tumbuh dari bumi . Maksud dari sistem adat PERPATIH NAN SEBATANG ini yang diutamakan sekali adalah sistem musyawarah mencari mufakat.

Sedangkan TEMENGGUNG yang menjadi ketentuannya…Ttitik dari atas, turun dari tanggga, terbujur lalu melintang patah, kata sorang besar segala iya, ikan besar dalam laut ikan makannya, yang mengalir di palit yang menitik ditampung.

Istana Syultan Melaka

3. Pengganti Gelar Pusaka
Pada adat PERPATIH NAN SEBATANG, seseorang penghulu ( yang memakai gelar adat atau pusako ) boleh hidup berkerelaan, yaitu mengganti gelar pusaka kaum selagi orangnya masih hidup. Hal ini bila yang digantikan itu sudah terlalu tua dan tidak mampu lagi menjalankan tugasnya sebagai pemimpin anak kemenakan. Dalam adat dikatakan juga lurah sudah dalam, bukik sudah tinggi.

 Sedangkan adat TEMENGGUNG  gelarnya itu baru bisa digantikan setelah orangnya meninggal dunia.


4. Kedudukan Penghulu
Pada adat TEMENGGUNG  ada tingkatan-tingkatan penguasa sebagai pembantu penghulu pucuk, berjenjang naik bertangga turun. Tingkatan penghulu dalam negeri ada penghulu andika, penghulu suku, dan penghulu pucuk. Penghulu pucuk inilah sebagai pucuk negeri. Berpucuk bulat berurat tunggang.

Sedangkan pada adat PERPATIH  semua penghulu (  kaum adat yang memakai gelar pusaka ) sederajat duduknya sehamparan, tegak sepematang.


5. Rumah Adat
Rumah adat TEMENGGUNG mempunyai anjuang kiri kanan berlabuh gajah di tengah-tengah. Anjung kiri kanan ada tempat yang ditinggikan. Ini dari lantai yang lain untuk menempatkan penghulu-penghulu sesuai dengan fungsinya atau tingkatannya. Lantai rumah gadang Koto Piliang ada tingkatannya. Maksudnya juga bila ada persidangan penghulu-penghulu tidak sama tinggi kedudukannya, dia duduk sesuai dengan fungsinya dalam adat.

Pada adat PERPATIH lantai rumah adat dan rumah gadang, lantainya datar saja. Semua penghulu duduk sehamparan duduk sama rendah, tegak sama berdiri.
Secara substansial, kedua sistem adat ini sesungguhnya sama-sama bertitik tolak pada azas demokrasi. Perbedaannya hanya terletak pada aksentuasi dalam penyelenggaraan dan perioritas pada hak azasi pribadi disatu pihak dan kepentingan umum dipihak lain. Suatu fenomena yang sudah sama tuanya dengan sejarah kebudayaan umat manusia sendiri.

Adat temenggung di sukai negeri2 yang beraja ( Syultan ), di nusantara ini kecuali negeri Sembilan yang mengamalkan adat perpatih , sedang disana tidak dipanggil  Syultan ( Raja ), melainkan  Yang dipertuan Besar.......

Ahad, 10 Julai 2011

PENYEBARAN ISLAM DI MINANGKABAU.


Koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
MENURUT Prof. Mahmud Yunus dalam Sejarah Pendidikan Islam di Indonesia (1979, hlm.20-21), bahawa ada dua orang yang bernama Syeikh Burhanuddin Ulakan itu, iaitu yang pertama ialah Syeikh Burhanuddin Ulakan, pembawa agama Islam ke Minangkabau yang kuburnya di Kuntu, Kampar Kiri.
Surau Gadang Syeikh Burhanuddin Ulakan.
Dikatakan bahawa Syeikh Burhanuddin Ulakan yang tersebut wafat pada tahun 610 H/1214 M. Menurut riwayat pula bahawa Syeikh Burhanuddin Ulakan sama-sama datang dengan Syeikh Abdullah Arif yang menyebarkan agama Islam di Aceh.
Syeikh Burhanuddin pertama datang ke Minangkabau mengajar di Batu Hampar sekitar 10 tahun lamanya. Sesudah itu, dia berpindah ke kumpulan yang berdekatan dengan Bonjol, mengajar di situ sekitar lima tahun. Kemudian dia meneruskan kegiatan dakwahnya ke Ulakan, Pariaman, mengajar selama 15 tahun. Dilanjutkan pula mengajar di Kuntu, Kampar Kiri, di sana dia mengajar selama 20 tahun, sehingga dia wafat pada 610 H/1214 M itu.
Diriwayatkan pula bahawa peninggalan-peninggalan Syeikh Burhanuddin Ulakan yang tersebut ialah berupa sebuah stempel yang diperbuat daripada tembaga tulisan Arab, sebilah pedang, kitab Fathul Wahhab karya Syeikh Abi Zakaria al-Ansari dan khutbah Jumaat tulisan tangan dalam bahasa Arab.
Syeikh Burhanuddin Ulakan yang seorang lagi pula dilahirkan pada 1066 H/1655 M, atau menurut riwayat yang lain dia lahir jauh sebelum tahun yang tersebut itu, kerana pada 1029 H/1619 M, ketika masih kecil telah mengikut kedua-dua orang tuanya pindah ke Sintuk (Pariaman).
Namun yang dibicarakan dalam artikel ini ialah Syeikh Burhanuddin Ulakan ini, iaitu dia adalah murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Syeikh Burhanuddin Ulakan inilah orang pertama menyebarkan Thariqat Syathariyah di Minangkabau.
PENDIDIKAN
Namanya ketika masih kecil ialah Si Pono, ayahnya bernama Pampak. Ayahnya masih beragama Buddha, namun Si Pono dari Sintuk pergi ke Ulakan, pergi belajar kepada Angku Madinah yang berasal dari Aceh. Pada tahun 1032 H/1622 M atas anjuran gurunya, dia melanjutkan pelajaran agama Islam kepada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri di Aceh. Lalu Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri menukar namanya daripada Si Pono menjadi Burhanuddin. Tiga belas tahun lamanya dia belajar kepada ulama yang wali Allah itu. Ketika belajar berteman dengan beberapa orang, di antaranya Datuk Marhum Panjang dari Padang Ganting Tanah Datar, Tarapang dari Kubang Tiga Belas (Solok) dan lain-lain.
Beliau adalah seorang yang sangat patuh kepada gurunya, hal ini pernah diceritakan oleh Dr. Syeikh Haji Jalaluddin dalam salah satu bukunya sebagai berikut di bawah ini, “Dari sehari ke sehari tumbuhlah kasih sayang, takut dan malu kepada Syeikh tersebut. Pada suatu hari Syeikh itu mengunyah- nguyah sirih. Tiba-tiba tempat kapur sirihnya terlepas dari tangannya jatuh ke dalam kakus. Yang mana kakus (tandas,pen:) itu sangat dalam, telah dipakai berpuluh-puluh tahun”. Tuan Syeikh berkata: “Siapa antara kalian sebanyak ini sudi membersihkan kakus itu sebersih-bersihnya? Sambil untuk mengambil tempat sirih saya yang jatuh ke dalamnya?”.
Ramai murid yang merasa enggan dan malas mengerjakan yang diperintah Syeikh itu. Lantas Burhanuddin bekerja berjam-jam membersihkan kakus itu sehingga bersih dan tempat kapur sirih pun dijumpai, lalu dibersihkannya dan dipersembahkannya kepada Syeikh tersebut. Lantas tuan Syeikh berdoa dengan sepanjang-panjang doa. Selanjutnya Syeikh itu berkata: “Tanganmu ini akan dicium oleh raja-raja, penghulu-penghulu, orang besar di Sumatera Barat dan muridmu tidak akan putus-putusnya sampai akhir zaman, dan ilmu kamu akan memberkati dunia ini. Aku namai kamu Saidi Syeikh Burhanuddin”.
KEMBALI KE MINANGKABAU
Setelah dia berasa ilmu telah banyak dan telah pula mendapat keizinan daripada gurunya, Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri, beliau pun kembali ke tempat asalnya. Sebelumnya gurunya berkata, “Pulanglah kamu ke negerimu, ajarkanlah ilmu apa-apa yang ditakdirkan oleh Allah. Kalau kamu tetap kasih, takut, malu, patuh kepadaku nanti kamu akan mendapat hikmat kebatinan yakni seolah-olah ruhaniyah saya menjelma kepadamu. Kalau kamu berkata, seolah-olah kataku. Kalau kamu mengajar seolah-olah pengajaranku. Bahkan terkadang-kadang rupa jasadmu seolah-olah jasadku. Kalau kamu sudah begitu rupa mudahlah bagi kamu mengajarkan agama Islam kepada siapa pun juga. Yang kamu perdapat itu, itulah yang dikatakan Rabithah Mursyid. Seseorang yang mendapat Rabithah Mursyid orang itu akan terus mendapat taufik dan hidayah Allah. Dan diberi ilmu hikmah, terbuka rahsia Allah dan berbahagialah orang itu dunia akhirat, insya-Allah. Kita hanya bercerai pada lahir, pada batin kita tidak bercerai,” demikian Dr. Syeikh Haji Jalaluddin yang ditulis dengan gaya tasawuf bersifat propaganda.
Prof. Dr. Hamka menulis dalam bukunya Ayahku bahawa Syeikh Burhanuddin Ulakan murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri kembali ke kampung halamannya pada tahun 1100 H bersamaan tahun 1680M. Sejarah mencatat bahawa beliau meninggal dunia di Ulakan pada 1111 H atau 1691 M, lalu dimashyurkan oranglah namanya dengan “Syeikh Burhanuddin Ulakan”.
Mengenai riwayat hidup yang pernah diterbitkan, iaitu buah pena Tuan Guru Haji Harun At-Thubuhi Rafinayani. Bahawa dalam buku kecil itu menyebut Syeikh Burhanuddin itu adalah berasal daripada suku Guci. Buya K.H. Sirajuddin Abbas juga menulis demikian. Terakhir sekali tentang tokoh sufi ini dapat pula dibaca dalam tulisan Drs. Sidi Gazalba yang dimuat dalam buku Mesjid Pusat Ibadat dan Kebudayaan Islam.
KETURUNAN
Menerusi tulisan Dr. Syeikh Haji Jalaluddin, dapat juga disimpulkan keterangan bahawa Syeikh Burhanuddin kembali dari Aceh dengan berjalan kaki. Mula-mula dia sampai ke negeri Tiku, Kabupaten Agam sekarang. Di Tiku itu dia berkahwin dengan seorang perempuan setempat. Dari perkahwinan itu dia mendapat anak lelaki dinamakan anaknya itu dengan “Sidi Abdullah Faqih”,. Beliau ini meneruskan ajaran orang tuanya.
Sidi Abdullah Faqih mendapat anak bernama “Sidi Abdul Jabbar”. Syeikh Abdul Jabbar mendapat anak bernama "Sidi Syeikh IIyas”. Sidi Syeikh Ilyas mendapat anak bernama “Sidi Yusni”. Sidi Yusni adalah murid Dr. Syeikh Jalaluddin dan sangat patuh kepada gurunya. Mungkin ayahnya Sidi Ilyas adalah keturunan Syeikh Burhanuddin Ulakan yang pertama mengamalkan Thariqat Qadiriyah dan Naqsyabandiyah, kerana sebelumnya semuanya mengamalkan Thariqat Syathariyah. Diketahui pula bahawa Sidi Syeikh Ilyas tersebut adalah cicit Syeikh Burhanuddin Ulakan, beliau inilah baru mempersatukan antara tarekat dengan ilmu pencak silat, sebagai alat mempertahankan diri.
Manakala yang ditulis oleh Dr. Syeikh Jalaluddin tersebut agak berbeza dengan cerita masyarakat, yang meriwayatkan bahawa Syeikh Burhanuddin Ulakan tidak mempunyai zuriat. Diriwayatkan bahawa ketika dia belajar di Aceh pada suatu hari kerana syahwatnya naik, dia telah memukul kemaluannya sendiri, sehingga kemaluannya mengalami kecederaan dan menyebabkan tidak berfungsi lagi untuk melakukan hubungan seks.
TRADISI HARI RABU AKHIR BULAN SAFAR
Hingga kini kubur Syeikh Burhanuddin Ulakan masih diziarahi orang, lebih-lebih pada hari Rabu akhir bulan Safar. Dr. Syeikh Haji Jalaluddin selaku Ketua Umum Seumur Hidup P.P.T.I (Persatuan Pembela Thariqat Islam) mengajak seluruh pengikutnya setelah selesai Kongres P.P.T.I yang ke-16 mengadakan ziarah ke makam Syeikh Burhanuddin di Ulakan.
Semua mereka mengi'tiqadkan bahawa Syeikh Burhanuddin Ulakan adalah seorang Wali Allah yang banyak karamahnya. Kalau bertawassul kepadanya selalu dimustajabkan. Salah satu tradisi yang terjadi di makam di Ulakan itu yang terkenal sampai sekarang ialah Basapa. Tentang ini kita ikuti tulisan Sidi Gazalba, sebagai berikut, “Syeikh Burhanuddin wafat 10 Safar 1111 Hijrah. Kerana 10 Safar itu tidak tentu jatuh pada hari Rabu, maka ziarah ke makam pembangun Islam di Minangkabau itu yang dilakukan serempak hampir dari tiap pelosok Minangkabau, dilakukan dari hari Rabu sesudah 10 Safar itu setiap tahun.
Berziarah ini terkenal dengan sebutan basapa (bersafar) yang dilakukan serempak oleh puluhan ribu orang sebelum perang Pasifik. Maka jalan di antara Pariaman dan Ulakan penuh oleh iringan orang-orang pulang ziarah, yang jumlah panjangnya sampai kira-kira 10 kilometer. Kaum Muda di Minangkabau menolak basapa. demikian menurut Drs. Sidi Gazalba.
Ramai orang menuduh yang melakukan basapa terutamanya terdiri dari golongan tasawuf, lebih-lebih golongan Thariqat Syathariyah. Akan tetapi kalau kita selidiki lebih jauh, bukti dan kenyataannya bukan golongan Syathariyah saja, namun demikian golongan Thariqat Qadiriyah, golongan Thariqat Naqsyabandiyah, juga pengikut Mazhab Syafie bahkan orang-orang yang mengaku berdasarkan al-Quran dan hadis (tegasnya kaum muda) pun tidak kurang pula mengerjakan basapa di kubur Syeikh Burhanuddin di Ulakan itu.
Upacara basapa/bersafar adalah merupakan tradisi nasional kerana dia juga dilakukan di tempat lain di seluruh Nusantara. Penulis belum yakin bahawa dikeranakan Syeikh Burhanuddin itu wafat hari Rabu bulan Safar dijadikan sebab maka terjadinya basapa. Di Kalimantan Barat misalnya, orang bersafar ke kubur Upu Daeng Menambon di Sebukit Raya (di hulu Mempawah). Orang menduga bahawa Upu Daeng Menambon meninggal dunia pada 16 Safar 1174 H, iaitu tepat pada hari Rabu di akhir bulan Safar. Di Tanjung Katung, Singapura, pada zaman dulu ramai orang mandi-mandi Safar di sana, ini diakibatkan dengan meninggalnya siapa? Dan meninggalnya siapa pula jika dikerjakan perkara itu di tempat lain-lainnya?
Sebenarnya dalam kitab-kitab Islam banyak yang menyebut memang ada dinamakan bala pada akhir Safar. Seumpama Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani menyalin perkataan ulama, yang beliau muat dalam kitabnya Al-Bahyatul Mardhiyah, kata beliau, “Kata ulama disebut dalam kitab Al-Jawahir, diturunkan bala pada tiap-tiap tahun 320,000 (tiga ratus dua puluh ribu) bala. Dan sekalian bala pada hari Rabu yang akhir pada bulan Safar. Maka hari itu terlebih payah daripada setahun”. Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani menulis juga seperti demikian di dalam kitabnya, Jam'ul Fawaid.
Demikian juga ulama-ulama lainnya, baik yang berasal dari dunia Melayu mahu pun bukan. Jelas bahawa memang ada ulama yang mengakui pada hari Rabu akhir Safar itu ada bala yang turun. Bahawa Islam meyakini memang ada yang dinamakan bala, ada yang dinamakan taun, ada yang dinamakan wabak dan sebagainya. Sebaliknya sebagai perimbangannya ada yang dinamakan rahmat, ada yang dinamakan berkat, ada yang dinamakan hidayat dan sebagainya.
Tentang bila Tuhan menurunkan yang tersebut itu tiada siapa yang mengetahuinya. Dalam Islam ada nama-nama yang tersebut itu semua, bahkan telah menjadi keyakinan adanya. Sungguh pun turunnya bala, wabak atau sebaliknya tiada siapa yang mengetahuinya. Namun dalam menyambut hari yang bersejarah bolehlah akhir Safar, Rabunya dimasukkan dalam kategori ini ramai orang membuat kaedah-kaedah baru yang kadang-kadang berlebih-lebihan sifatnya. Selalu pula terjadi bidaah dan khurafat yang dicela oleh Islam itu sendiri.
Sebagai contoh, bersuka ria pada akhir Safar itu dengan melakukan mandi-mandi secara berkelompok, berkumpul lelaki dan perempuan adalah satu pekerjaan bidaah mazmumah yang sangat dilarang oleh syarak. Akan tetapi berdoa minta perlindungan daripada bala atau memohon rahmat atau lainnya adalah diajarkan oleh agama Islam. Meminta sesuatu kepada Allah boleh dilakukan setiap saat baik pada akhir Safar atau waktu lainnya lebih-lebih waktu yang dianggap berkat. Doa-doa dan perbuatan meminum air Safar pun tidak pula dapat dinafikan kerana banyak ulama yang telah menulis wafaq Safar itu di dalam kitab-kitab mereka, yang salahnya adalah perbuatan si jahil yang selalu melakukannya berlebih-lebihan.
Hingga di sini penulis tutup mengenai Syeikh Burhanuddin Ulakan, ulama besar mazhab Syafiie, pengikut fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah, penyebar Thariqat Syathariyah di daerah Minangkabau yang telah mencurahkan seluruh hidupnya untuk Islam semata-mata bukan kepentingan lainnya. Usaha-usahanya belakang hari akan diikuti oleh ulama-ulama yang berasal dari Sumatera Barat secara berantai yang tiada akan putus-putusnya hingga waktu sekarang.
Kita mengenali nama-nama popular yang berasal dari Minangkabau di antaranya ialah; Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau, Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Latif Minangkabau, Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli Candung, Syeikh Jamil Jaho, Dr. Syeikh Haji Jalaluddin, Syeikh Jamil Jambek, Dr. Abdul Malik Amrullah, Kiayi Haji Sirajuddin Abbas, Prof. Dr. Hamka dan ramai lagi.

Sabtu, 2 Julai 2011

HAMKA .

 Haji  Abdul  Malik  bin  Abdul  Karim  Amirullah .


Masa hidup HAMKA (Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah) tahun 1908-1981.  Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik, sastrawan, politikus, filsuf, dan aktivis Muhammadiyah Indonesiayang amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera BaratIndonesia. Nama pemberian Ayahnya adalah Abdul Malik.
Ibunya dari keluarga bangsawan. Ayahnya, Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau Haji Rasul, dari keluarga ulama dan seorang pelopor gerakan pembaruan/modernis dalam Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.
            Sebutan Buya bagi HAMKA, panggilan untuk orang Minangkabau, berasal dari kata abi. Abuya (bahasa Arab), yang berarti ayahku, ata u seseorang yang dihormati.
            Beliau dibesarkan dalam tradisi Minangkabau. Masa kecil HAMKA dipenuhi gejolak batin karena saat itu terjadi pertentangan yang keras antara kaum adat dan kaum muda tentang pelaksanaan ajaran Islam. Banyak hal-hal yang tidak dibenarkan dalam Islam, tapi dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat sehari-hari.
            Putra HAMKA bernama H. Rusydi HAMKA, kader PPP, anggota DPRD DKI Jakarta. Anak Angkat Buya Hamka adalah Yusuf Hamka, Chinese yang masuk Islam.
A.     RIWAYAT PENDIDIKAN
            HAMKA di Sekolah Dasar Maninjau hanya sampai kelas dua. Ketika usia 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Di situ HAMKA mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. HAMKA juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.
            Sejak muda, HAMKA dikenal sebagai seorang pengelana. Bahkan ayahnya, memberi gelar Si Bujang Jauh. Pada usia 16 tahun ia merantau ke Jawa untuk menimba ilmu tentang gerakan Islam modern kepada HOS Tjokroaminoto, Ki Bagus Hadikusumo, RM Soerjopranoto, dan KH Fakhrudin. Saat itu, HAMKA mengikuti berbagai diskusi dan training pergerakan Islam di Abdi Dharmo Pakualaman, Yogyakarta.
B.     RIWAYAT KARIER      
HAMKA bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi,Medan. Pada tahun 1929 di Padang Panjang, HAMKA kemudian dilantik sebagai dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957- 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta.
Sejak perjanjian Roem-Royen 1949, ia pindah ke Jakarta dan memulai kariernya sebagai pegawai di Departemen Agama  pada masa KH Abdul Wahid Hasyim. Waktu itu HAMKA sering memberikan kuliah d i berbagai perguruan tinggi Islam di Tanah Air.
Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjabat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia.
Pada 26 Juli 1977 Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali, melantik HAMKA sebagai Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudian meletakkan jabatan itu pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.
C.     RIWAYAT ORGANISASI        
HAMKA aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bid’ah, tarekat dan kebatinan sesat di Padan g Panjang. Mulai tahun 1928 beliau mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929 HAMKA mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Pada tahun 1953, HAMKA dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiyah.
D.    AKTIVITAS POLITIK HAMKA
            Kegiatan politik HAMKA bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota partai politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerilya di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, HAMKA diangkat menjadi ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia.
            Pada tahun 1955 HAMKA beliau masuk Konstituante melalui partai Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum. Pada masa inilah pemikiran HAMKA sering bergesekan dengan mainstream politik ketika itu. Misalnya, ketika partai-partai beraliran nasionalis dan komunis menghendaki Pancasila sebagai dasar negara. Dalam pidatonya di Konstituante, HAMKA menyarankan agar dalam sila pertama Pancasila dimasukkan kalimat tentang kewajiban menjalankan syariat Islam bagi pemeluknyan sesuai yang termaktub dalam Piagam Jakarta. Namun, pemikiran HAMKA ditentang keras oleh sebagian besar anggota Konstituante, termasuk Presiden Sukarno. Perjalanan politiknya bisa dikatakan berakhir ketika Konstituante dibubarkan melalui Dekrit Presiden Soekarno pada 1959. Masyumi kemudian diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Meski begitu, HAMKA tidak pernah menaruh dendam terhadap Sukarno. Ketika Sukarno wafat, justru HAMKA yang menjadi imam salatnya. Banyak suara-suara dari rekan sejawat yang mempertanyakan sikap HAMKA. "Ada yang mengatakan Sukarno itu komunis, sehingga tak perlu disalatkan, namun HAMKA tidak peduli. Bagi HAMKA, apa yang dilakukannya atas dasar hubungan persahabatan. Apalagi, di mata HAMKA, Sukarno adalah seorang muslim.
            Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, HAMKA dipenjarakan oleh Presiden Soekarno karena dituduh pro-Malaysia. Semasa dipenjarakan, beliau mulai menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, HAMKA diangkat sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majelis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional Indonesia.
            Pada tahun 1978, HAMKA lagi-lagi berbeda pandangan dengan pemerintah. Pemicunya adalah keputusan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Daoed Joesoef untuk mencabut ketentuan libur selama puasa Ramadan, yang sebelumnya sudah menjadi kebiasaan.
            Idealisme HAMKA kembali diuji ketika tahun 1980 Menteri Agama Alamsyah Ratuprawiranegara meminta MUI mencabut fatwa yang melarang perayaan Natal bersama. Sebagai Ketua MUI, HAMKA langsung menolak keinginan itu. Sikap keras HAMKA kemudian ditanggapi Alamsyah dengan rencana pengunduran diri dari jabatannya. Mendengar niat itu, HAMKA lantas meminta Alamsyah untuk mengurungkannya. Pada saat itu pula HAMKA memutuskan mundur sebagai Ketua MUI.
E.     AKTIVITAS SASTRA HAMKA
            Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, HAMKA merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, HAMKA menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. HAMKA juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.


            HAMKA juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid).

            Pada 1950, ia mendapat kesempatan untuk melawat ke berbagai negara daratan Arab. Sepulang dari lawatan itu, HAMKA menulis beberapa roman. Antara lain Mandi Cahaya di Tanah Suci, Di Lembah Sungai Nil, dan Di Tepi Sungai Dajlah. Sebelum menyelesaikan roman-roman di atas, ia telah membuat roman yang lainnya. Seperti Di Bawah Lindungan Ka’bah, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Merantau ke Deli, dan Di Dalam Lembah Kehidupan merupakan roman yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura
            Setelah itu HAMKA menulis lagi di majalah baru Panji Masyarakat yang sempat terkenal karena menerbitkan tulisan Bung Hatta berjudul Demokrasi Kita.
F.        AKTIVITAS KEAGAMAAN
            Setelah peristiwa 1965 dan berdirinya pemerintahan Orde Baru, HAMKA secara total berperan sebagai ulama. Ia meninggalkan dunia politik dan sastra. Tulisan-tulisannya di Panji Masyarakat sudah merefleksikannya sebagai seorang ulama, dan ini bisa dibaca pada rubrik Dari Hati Ke Hati yang sangat bagus penuturannya. Keulamaan HAMKA lebih menonjol lagi ketika dia menjadi ketua MUI pertama tahun 1975.
            HAMKA dikenal sebagai seorang moderat. Tidak pernah beliau mengeluarkan kata-kata keras, apalagi kasar dalam komunikasinya. 
Beliau lebih suka memilih menulis roman atau cerpen dalam menyampaikan pesan-pesan moral Islam.
            Ada satu yang sangat menarik dari Buya HAMKA, yaitu keteguhannya memegang prinsip yang diyakini. Inilah yang membuat semua orang menyeganinya. Sikap independennya itu sungguh bukan hal yang baru bagi HAMKA. Pada zamam pemerintah Soekarno, HAMKA berani mengeluarkan fatwa haram menikah lagi bagi Presiden Soekarno. Otomatis fatwa itu membuat sang Presiden berang ’kebakaran jenggot’. Tidak hanya berhenti di situ saja, HAMKA juga terus-terusan mengkritik kedekatan pemerintah dengan PKI waktu itu. Maka, wajar saja kalau akhirnya dia dijebloskan ke penjara oleh Soekarno. Bahkan majalah yang dibentuknya ''Panji Masyarat'' pernah dibredel Soekarno karena menerbitkan tulisan Bung Hatta yang berjudul ''Demokrasi Kita'' yang terkenal itu. Tulisan itu berisi kritikan tajam terhadap konsep Demokrasi Terpimpin yang dijalankan Bung Karno.
            Ketika tidak lagi disibukkan dengan urusan-urusan politik, hari-hari HAMKA lebih banyak diisi dengan kuliah subuh di Masjid Al-Azhar, Jakarta Selatan.
G.    WAFATNYA HAMKA
            Pada tanggal 24 Juli 1981 HAMKA telah pulang ke rahmatullah. Jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sastrawan di negara kelahirannya, bahkan jasanya di seantero Nusantara, ter masuk Malaysia dan Singapura, turut dihargai.
H.    PENGHARGAAN
            Atas jasa dan karya-karyanya, HAMKA telah menerima anugerah penghargaan, yaitu Doctor Honoris Causa dari Universitas al-Azhar Cairo (tahun 1958), Doctor Honoris Causa dari Universitas Kebangsaan Malaysia (tahun 1958), dan  Gelar Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia
I.       PANDANGAN HAMKA TENTANG KESASTRAAN
Pandangan sastrawan, HAMKA yang juga dikenal sebagai Tuanku Syekh Mudo Abuya Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah Datuk Indomo tentang kepenulisan. Buya HAMKA menyatakan ada empat syarat untuk menjadi pengarang. Pertama, memiliki daya khayal atau imajinasi; kedua, memiliki kekuatan ingatan; ketiga, memiliki kekuatan hapalan; dan keempat, memiliki kesanggupan mencurahkan tiga hal tersebut menjadi sebuah tulisan.
J.      BUAH PENA BUYA HAMKA
          Kitab Tafsir Al-Azhar merupakan karya gemilang Buya HAMKA. Tafsir Al-Quran 30 juz itu salah satu dari 118 lebih karya yang dihasilkan Buya HAMKA semasa hidupnya. Tafsir tersebut dimulainya tahun 1960.
            HAMKA meninggalkan karya tulis segudang. Tulisan-tulisannya meliputi banyak bidang kajian: politik (Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret, Urat Tunggang Pancasila), sejarah (Sejarah Ummat Islam, Sejarah Islam di Sumatera), budaya (Adat Minangkabau Menghadapi Revolusi), akhlak (Kesepaduan Iman & Amal Salih ), dan ilmu-ilmu keislaman (Tashawwuf Modern).
K.    SUMBER
1.      Abu Faiz. 2005. HAMKA, Berprinsip Tapi Lembut, (Online), (webmaster@oaseislam.com, diakses Kamis, 24 Januari 2008, 15.30 WIB)
2.      Liputan6. 2007. HAMKA, Ulama yang Penuh Warna, (Online), (www.udaunisumbar.com, diakses Kamis, 24 Januari 2008, 15.30 WIB)
3.      Muntohar. 2007. Buya Hamka. (Online), (muntohar.wordpress.com, diakses Kamis, 24 Januari 2008, 15.30 WIB)
4.      Prof. DR. Ir. Zoer'aini. 2002. Artikel tentang Buya(Online), (rantau-net@rantaunet.com, diakses Kamis, 31 Januari 2008, 14.30 WIB)
5.      Zaini Hashimi. 2007. Hamka: Hilangnya Seorang Tokoh Ilmuan Islam, (Online), (tintapermata.blogspot.com, diakses Kamis, 24 Januari 2008, 15.30 WIB)
6.                  .2005. Napak Tilas ke Rumah Buya HAMKA, (Online), (http://www.mualaf.com,diakses Kamis, 24 Januari 2008, 15.30 WIB)
7.                  .2007. Haji Abdul Malik Karim Amrulla

Isnin, 27 Jun 2011

KAMA'A PA'I ADAIT DI BAO SATO

Para Yang di Per Tuan Besar Negeri Sembilan.....Malaysia .

                                                                                                                                                                                    Di Malaysia, Negeri Sembilan
adalah lebih dikenali atau terkenal dengan nama negeri Adat Perpatih.
Malah yang paling pelik bin ajaib, undang-undang adat perpatih  termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan Negeri Sembilan. Termaktub dalam perlembagaan  Negeri Sembilan’ dan tidak boleh diubah kerana ia adalah perlembagaan dasar negeri. Bukan itu sahaja adat perpatih adalah undang-undang atau by-law bagi banyak tanah pusaka leluhur di Negeri Sembilan.Adat ini mendahulukan perempuan. 

Mezium Negeri Sembilang
                                               Tanahnya diberi kepada perempuan, rumah nya di beri kepada perempuan dan sawah bendang dan kebun di beri kepada perempuan. maksud nya pusaka tinggi ( warisan dari ibu nya ).

Sejarahnya bermula bila orang-orang Minangkabau berhijrah ke Melaka pada kurun ke-12, mereka bukan sahaja membawa saudara mara malah membawa segala adat istiadat, dialect, pakaian, tarian dan segala budaya Minang bersama-sama mereka. Rumah pun mengikut bentuk tanduk seperti di Pagar Ruyung. Malah mereka juga membawa adat perpatih


Raja Melawar di datangkan dari Pagaruyung Minangkabau.
Bila mereka berpindah ke Melaka, orang-orang Minang ini bersetia kepada kesultanan Melaka tetapi setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, orang-orang Minang tidak mahu tunduk kepada penjajah Portugis



Sebaliknya mereka berperang melawan penjajah ini dan berlindung kepada kesultanan Johor. Banyak serangan orang-orang Minang disertai oleh orang-orang Johor melawan Portugis 
                   . Sejarah membuktikan orang Minang memang kental dan tidak mahu tunduk kepada penjajah bangsa 

Eropah tidak kira Portugis atau Inggeris. Perang Naning adalah satu perang besar melawan Inggeris yang diketuai oleh suku sakat Minang yang berlaku pada kurun ke-17. Ramai orang-orang Minang mati dibunoh oleh penjajah Inggeris di Melaka dan Negeri Sembilan. Begitu juga raja-raja ditawan oleh Inggeris dan dipaksa tunduk kepada gabnur mereka.


Sehingga kurun ke-16, dalam zaman penjajah Inggeris di semenanjung, orang-orang Minang mula memerintah tanah kampong halaman mereka sendiri. Dari itu mereka telah memilih untuk membawa raja dari keturunan Pagar Ruyung. Pada masa itu sultan yang memerintah Pagar Ruyung di Indonesia ialah Sultan Abdul Jalil dan baginda telah menghantar keturunannya iaitu Raja Melawar sebagai turunan pertama menjadi raja di negeri beradat ini.

Disitulah bermula kerajaan mini Minang di tanah Melayu. Dan seterusnya, walau raja-raja Pagar Ruyung telah lama hilang namaun orang-orang negeri beradat semenanjung masih mempunyai raja Minang sehingga sekarang.



Berikut adalah senarai raja-raja turunan Minang di Negeri Sembilan.

1. Raja Melewar 1773-1795 . didatang kan dari Pagaruyung

2. Yam Tuan Hitam 1795-1808 dari Pagaruyung

3. Yam Tuan Lenggang 1808-1824 dari Pagaruyung

4. Raja Radin 1824-1861 Putra Yam Tuan Lenggang

5. Yang di-Pertuan Imam 1861-1869  Saudara Raja Radin

6. Yam Tuan Antah 1872-1888    Saudara  Raja Radin

7. Tuanku Muhammad 1888-1933   Putra  Yam Tuan Antah

8. Tuanku Abdul Rahman 1933-1960    Putra Tuanku Muhammad

9. Tuanku Munawir 1960-1967   Putra Tuanku Abdul Rahman

10. Tuanku Ja’afar 1967-2008    Putra Tuanku Munawir

11. Tuanku Muhriz 2008-     Putra  Tuanku Munawir

Demikian lah kisah Minang di negeri beradat ini . Biar mati anak jangan mati adat. Kata-kata keramat orang-orang Minang zaman berzaman.

Istana Lama Seri Menanti - berusia ratusan tahun, dibina tiada paku walau sebatang, bukti kepandaian orang Minang

Sabtu, 25 Jun 2011

PEPATAH PETITIH URANG AWAK.

PEPATAH  PETITIH  ALAM MINANGKABAU.
  1. Anak nalayan mambaok cangkua, mananam ubi ditanah darek. Baban sakoyan dapek dipikua, budi saketek taraso barek. Beban yang berat dapat dipikul, tetapi budi sedikit terasa berat.
  2. Anak ikan dimakan ikan, gadang ditabek anak tenggiri. Ameh bukan perakpun bukan, budi saketek rang haragoi. Hubungan yang erat sesama manusia bukan karena emas dan perak, tetapi lebih diikat budi yang baik.
  3. Anjalai tumbuah dimunggu, sugi sugi dirumpun padi. Supayo pandai rajin baguru, supayo tinggi naikan budi. Pengetahuan hanya didapat dengan berguru, kemulian hanya didapat dengan budi yang tinggi.
  4. Alu tataruang patah tigo, samuik tapijak indak mati. Sifat seseorang yang tegas bertindak atas kebenaran dengan penuh bijaksana
  5. Tarandam randam indak basah, tarapuang apuang indak hanyuik. Suatu persoalan yang tidak didudukan dan pelaksanaannya dilalaikan.
  6. Anyuik labu dek manyauak, hilang kabau dek kubalo.Karena mengutamakan suatu urusan yang kurang penting hingga yang lebih penting tertinggal karenanya.
  7. Anguak anggak geleng amuah, unjuak nan tidak babarikan.Sifat seseorang yang tidak suka berterus terang dan tidak suka ketegasan dalam sesuatu.
  8. Alua samo dituruik, limbago samo dituang.Seorang yang mentaati perbuatan bersama dan dipatuhi bersama.
  9. Alat baaluah jo bapatuik makanan banang siku-siku, kato nan bana tak baturuik ingiran bathin nan baliku.Seseorang yang tidak mau dibawa kejalan yang benar menandakan mentalnya telah rusak.
  10. Alang tukang binaso kayu, alang cadiak binaso Adat, alang arih binaso tubuah.Alat baaluah jo bapatuik makanan banang siku-siku, kato nan bana tak baturuik ingiran bathin nan baliku.Seseorang yang tidak mau dibawa kejalan yang benar menandakan mentalnya telah rusak.
  11. Alah bauriah bak sipasin, kok bakiek alah bajajak, habih tahun baganti musim sandi Adat jangan dianjak.Walaupun tahun silih berganti musim selalu beredar, tetapi pegangan hidup jangan dilepas.
  12. Adat biaso kito pakai, limbago nan samo dituang, nan elok samo dipakai nan buruak samo dibuang.Yang baik sama dipakai, yang buruk sama ditinggalkan.
  13. Anak-anak kato manggaduah, sabab manuruik sakandak hati, kabuik tarang hujanlah taduah, nan hilang patuik dicari.Sekarang suasana telah baik, keadaan telah pulih, sudah waktunya menyempurnakan kehidupan.
  14. Anggang nan datang dari lauik, tabang sarato jo mangkuto, dek baik budi nan manyam buik, pumpun kuku patah pauahnyo.Seseorang yang disambut dengan budi yang baik dan tingkah laku yang sopan, musuh sekalipun tidak akan menjadi ganas.
  15. Anjalai pamaga koto, tumbuah sarumpun jo ligundi, kalau pandai bakato kato, umpamo santan jo tangguli.Seseorang yang pandai menyampaikan sesuatu dengan perkataan yang baik, akan enak didengar dan menarik orang yang dihadapi.
  16. Atah taserak dinan kalam, intan tasisiah dalam lunau, inyo tabang uleklah tingga, nak umpamo langgau hijau.Seseorang yang menceraikan istrinya yang sedang hamil, adalah perbuatan tidak baik.
  17. Aia diminum raso duri, nasi dimakan raso sakam.Seseorang yang sedang menanggung penderitaan bathin.
  18. Adaik rang mudo manangguang rindu, adaik tuo manahan ragam.Sudah lumrah seorang pemuda mempunyai suatu idaman, dan lumrah seorang yang telah tua menahan banyak karena umurnya.
  19. Alah limau dek mindalu, hilang pusako dek pancarian.Kebudayaan asli suatu bangsa dikalahkan oleh kebudayaan lain.
  20. Adat dipakai baru, jikok kain dipakai usang.Adat Minang Kabau kalau selalu diamalkan dia merupakan ajaran yang bisa berguna sepanjang zaman.
  21. Basuluah mato hari, bagalanggang mato rang banyak.Suatu persoalan yang sudah diketahui oleh umum didalam suatu masyarakat.
  22. Baribu nan tidak lipuah, jajak nan indak hilang.Satu ajaran yang tetap berkesan, yang diterima turun temurun.
  23. Bariak tando tak dalam, bakucak tando tak panuah.Seseorang yang mengaku dirinya pandai, tetapi yang kejadiannya sebaliknya.
  24. Bajalan paliharolah kaki, bakato paliharolah lidah.Hati-hatilah dalam berjalan begitu juga dalam melihat, sehingga tidak menyakiti orang lain.
  25. Barek samo dipikua, ringan samo dijinjiang.Setiap pekerjaan yang dikerjakan secara bersama.
  26. Baguru kapadang data, dapek ruso baling kaki, baguru kapalang aja, nan bak bungo kambang tak jadi.Suatu pengetahuan yang tanggung dipelajari tidak lengkap dan cukup, kurang bisa dimanfaatkan.
  27. Bakato bak balalai gajah, babicaro bak katiak ula.Suatu pembicaraan yang tidak jelas ujung pangkalnya.
  28. Bapikia kapalang aka, ba ulemu kapalang paham.Seseorang yang mengerjakan sesuatu tanpa berpengetahuan tentang apa yang dikerjakannya.
  29. Bak kayu lungga panggabek, bak batang dikabek ciek.Suatu masyarakat yang berpecah belah, dan sulit untuk disusun dan diperbaiki.
  30. Batolan mangko bajalan, mufakat mangko bakato.Dalam masyarakat jangan mengasingkan diri, dan bertindak tanpa mufakat.
  31. Bak kancah laweh arang, bapaham tabuang saruweh.Seseorang yang besar bicaranya, dan tidak bisa merahasiakan yang patut dirahasiakan.
  32. Bak balam talampau jinak, gilo ma-angguak-anguak tabuang aia, gilo mancotok kili-kili.Seseorang yang sifatnya terlalu cepat mempercayai orang lain, tanpa mengetahui sifat orang lain tersebut.
  33. Bakarih sikati muno, patah lai basimpai alun ratak sabuah jadi tuah, jikok dibukakpusako lamo, dibangkik tareh nan tarandam lah banyak ragi nan barubah.Karena banyaknya yang mempengaruhi kebudayaan kita yang datang dari luar, kemurnian kebudayaan Adat istiadat mulai kabur dari masyarakat.
  34. Batang aua paantak tungku, pangkanyo sarang sisan, ligundi disawah ladang sariak indak babungolai. Mauleh jokok mambuku, mambuhua kalau manggasan, kalau budi kelihatan dek urang, hiduik nan indak baguno lai.Seseorang dalam masyarakat yang telah kehilangan kepercayaan, karena tindakannya yang kurang teliti dalam suatu hal. Sehingga kehilangan kepercayaan terhadap dirinya.
  35. Basasok bajarami, bapandam pakuburan, soko pusako kalau tadalami, mambayang cahayo diinggiran.Kalau ajaran adat dapat didalami dan difahami, serta diamalkan oleh masyarakat, maka masyarakat itu akan menjadi tinggi mutunya.
  36. Basasok bajarami, bapandam pakuburan.Adalah syarat mutlak bagi satu nagari di Minang Kabau
  37. Bapuntuang suluah sia, baka upeh racun sayak batabuang, paluak pangku Adat nan kaka, kalanggik tuah malambuang.Kalau ajaran Adat Minang Kabau benar-benar dapat diamalkan oleh anggota masyarakat, maka masyarakat itu akan menjadi masyarakat yang tinggi peradabannya dan kuat persatuannya.
  38. Bajalan batolan, bakato baiyo, baiak runding jo mufakat. Turuik panggaja urang tuo, supayo badan nak salamaik.Hormati dan turuti nasehat Ibu Bapak dan orang yang lebih tua umurnya dari kamu, Insya ALLAH hidupmu akan selamat.
  39. Barakyat dulu mangko barajo, jikok panghulu bakamanakan. Kalau duduak jo nan tuo pandai nan usah dipanggakkan.Sewaktu duduk bersama orang tua, baiak orang tua umurnya dari kita, janganlah membanggakan kepandaian kita sendiri.
  40. Bakato bapikiri dulu, ingek-ingek sabalun kanai, samantang kito urang nan tahu, ulemu padi nan kadipakai.Seseorang yang pandai dalam hidup bergaul, dia selalu umpama padi berisi, makin berisi makin tunduk, bukan membanggakan kepandaian.
  41. Banyak diliek jauah bajalan, lamo hiduik banyak diraso. Kalau kito dalam parsidangan marah jo duko usah dipakai.Didalam duduk rapat dalam suatu persidangan, tidak boleh berhati murung, dan tidak boleh bersifat marah.
  42. Biopari kato ibarat, bijaksano taratik sopan, pacik pitaruah buhua arek, itu nan ijan dilupokan.Nasehat yang baik jangan dilupakan, pegang erat-erat untuk diamalkan.
  43. Barieh balabiah limo puluah, nan warieh bajawek juo, kaganti camin gujalo tubuah, paukua baying-bayang maso.Ajaran Adat kalau didalami dia akan dapat menjadi ukuran kemajuan zaman dibidang moral manusia.
  44. Baitu barieh balabiahnyo, dari luhak maso dahulu, kok tidak disigi dipanyato, lipuah lah jajak nan dahulu.Tentang Adat Minangkabau sebagai kebudayaan daerah kalau tidak dibina dan dikembangkan, maka hilanglah kebudayaan yang asli di Minang Kabau, karena di pengaruhi kebudayaan asing.
  45. Buruak muko camin dibalah.Seseorang yang membuat kesalahan karena kebodohannya, tetapi yang disalahkannya orang lain atau peraturan.
  46. Banggieh dimancik, rangkiang disaliangkan.Marah kepada satu orang tetapi semua orang yang dimusuhi.
  47. Barajo Buo Sumpu Kuduih tigo jo rajo Pagaruyuang, Ibu jo bapak pangkanyo manjadi anak rang bautang.Kesalahan seorang anak, akan banyak tergantung kepada didikan kedua ibu bapaknya.
  48. Bak cando caciang kapanehan, umpamo lipeh tapanggang.Seseorang yang tidak mempunyai sifat ketenangan, tetapi selalu keluh kesah dan terburu buru.
  49. Bak lonjak labu dibanam, umpamo kacang diabuih ciek.Seseorang yang mempunyai sifat angkuh dan sombong, sedang dia sendiri tidak tahu ukurannya dirinya.
  50. Bak ayam manampak alang, umpamo kuciang dibaokkan lidieh.Seseorang yang sangat dalam ketakutan, sehingga kehidupannya kucar kacir.
  51. Bak caro tontoang diladang, umpamo pahek ditokok juo barunyo makan, urang-urang ditanggah sawah digoyang dulu baru manggariek.Seseorang yang tidak tahu kepada tugas dan kewajibannya sehingga selalu menunggu perintah dari atasan, tidak mempunyai inisiatif dalam kehidupan.
  52. Bak sibisu barasian, takana lai takatokan indak.Seseorang yang tidak sanggup menyebut dan mengemukakan kebenaran, karena mempunyai keragu-raguan dalam pengetahuan yang dimiliki.
  53. Bak baruak dipataruahkan, bak cando kakuang dipapikekkan.Seseorang hidup berputus asa, selalu menunggu uluran tangan orang lain, tidak mau berusaha dan banyak duduk bermenung.
  54. Bak manjamua ateh jarami, jariah abieh jaso tak ado.Pekerjaan yang dikerjakan tanpa perhitungan, sehingga menjadi rugi dan sia sia.
  55. Bak balaki tukang ameh, mananti laki pai maling.Menunggu suatu yang sulit untuk dicapai, karena kurang tepatnya perhitungan dan harapan yang tak kunjung tercapai.
  56. Baulemu kapalang aja, bakapandaian sabatang rokok.Seseorang yang tidak lengkap pengetahuan dalam mengerjakan sesuatu, atau kurang pengetahuannya.
  57. Bunyi kecek marandang kacang, bunyi muluik mambaka buluah.Seseorang yang besar bicara tetapi tidak ada memberi hasil.
  58. Baguno lidah tak batulang, kato gadang timbangan kurang.Pembicaraan yang dikeluarkan secra angkuh dan sombong, tidak memikirkan orang lain akan tersinggung.
  59. Bak bunyi aguang tatunkuik, samangaik layua kalinduangan.Seseorang yang tidak bisa bicara karena banyak takut dan ragu dalam pendirian.
  60. Bak itiak tanggah galanggang, cando kabau takajuik diaguang.Seseorang yang sangat tercegang dan takjub dengan sesuatu, sehingga tidak sadarkan diri sebagai seorang manusia.
  61. Bungkuak saruweh tak takadang, sangik hiduang tagang kaluan.Seseorang yang tidak mau menerima nasehat dan pendapat orang lain, walaupun dia dipihak yang tidak benar sekalipun.
  62. Bumi sampik alam tak sunyi, dio manjadi upeh racun.Biasanya orang yang disebut dalam no.61 diatas menyusah dan menjadi batu penarung.
  63. Bak umpamo gatah caia, bak cando pimpiang dilereng, iko elok etan katuju.Sifat seorang laki-laki atau perempuan yang tidak mempunyai pendirian dan ketetapan hati dalam segala hal.
  64. Basikelah anggan kanai, basisuruak jikok kanai, tasindoroang nyato kanai.Sifat yang harus dihindarkan, seorang yang tidak mau bertanggung jawab atas segala perbuatannya.
  65. Budi nan tidak katinjauan, paham nan tidak kamaliangan.Seseorang yang tidak mau kelihatan budi, dan selalu hati-hati dalam berbuat bertindak dalam pergaulan.
  66. Bak basanggai diabu dingin, bak batanak ditungku duo.Suatu pekerjaan yang sia-sia dan kurang mempunyai perhitungan.
  67. Bak taratik rang sembahyang, masuak sarato tahu, kalua sarato takuik.Seseorang yang mengerjakan sesuatu dengan penuh ketelitian dan menguasai segala persoalannya.
  68. Bak galagak gulai kincuang, bak honjak galanggang tingga.Seseorang yang berlagak pandai dalam sesuatu, tetapi yang sebenarnya kosong belaka.
  69. Bak ayam lapeh malam, bak kambiang diparancahkan.Seorang yang kehilangan pedoman hidup serta pegangan, berputus asa dalam sesuatu.
  70. Bak balam talampau jinak, gilo maangguak tabuang aia, gilo mancotok kili kili.Seseorang yang mudah dipuji sehingga kalau telah dipuji bisa terbuka segala rahasia.
  71. Bagai kabau jalang kareh hiduang, parunnyuik pambulang tali, tak tantu dima kandangnyo.Seseorang yang keras kepala tak mau menerima nasehat orang lain, sedangkan dia sendiri tak memahami tentang sesuatu.
  72. Bak umpamo badak jantan, kuliek surieh jangek lah luko, namun lenggok baitu juo.Seorang yang tidak tahu diri, sudah tua disangka muda, ingin kembali cara yang muda.
  73. Bak ma eto kain saruang, bak etong kasiak dipantai.Suatu persoalan yang tidak berujung berpangkal dan tidak ada keputusannya dalam masyarakat.
  74. Barundiang siang caliak-caliak, mangecek malam agak-agak.Berbicaralah dengan penuh hati-hati dan jangan menyinggung orang lain.
  75. Bak manungkuih tulang didaun taleh, bak manyuruakan durian masak.Suatu perbuatan jahat walaupun bagaimana dia pandai menyembunyikannya, lambat laun akan diketahui orang lain juga.
  76. Bilalang indak manjadi alang, picak-picak indak jadi kuro-kuro. Walau disapuah ameh lancuan, Kilek loyang kan tampak juo.Setiap penipuan yang dilakukan dan ditutup dengan kebaikan, dia akan kelihatan juga kemudian.
  77. Bak mandapek durian runtuah, bak mandapek kijang patah.Seseorang yang mendapat keuntungan dengan tiba-tiba, yang tidak dikira pada mulanya.
  78. Bagai sipontong dapek cicin, bak mancik jatuah kabareh.Nikmat yang diperdapat sedang orang yang bersangkutan lupa dari mana asal mulanya,dan menjadikan dia lupa diri.
  79. Bak kabau dicucuak hiduang umpamo langgau di ikua gajah.Seseorang yang selalu menurut kemauaan orang lain, tanpa mengeluarkan pendapat hatinya.
  80. Bak mamaga karambia condong, bak ayam baranak itiak.Pengetahuan seseorang yang tidak dapat dimamfaatkan dan berfaedah bagi dirinya, tetapi menguntungkan kepada orang lain.
  81. Bak mangantang anak ayam, umpamo basukek baluik hiduik.Suatu masyarakat karena kurang keahlian sulit untuk disusun dan dikoordinir.
  82. Bak mahambek aia hilia, bak manahan gunuang runtuah.Mengerjakan suatu pekerjaan berat yang harus dikerjakan bersama, dikerjakan sendirian, dan tidak mempunyai keahlian pula tentang itu.
  83. Bak mancari jajak dalam aia, bak mancari pinjaik dalam lunau.Mencari sesuatu yang mustahil didapat, walaupun sesuatu itu ada.
  84. Bak manatiang minyak panuah, bak mahelo rambuik dalam tapuang.Suatu pekerjaan yang dikerjakan dengan hati-hati dan teliti, karena memikirkan akibatnya.
  85. Bak aia didaun kaladi, bak talua diujuang tanduak.Sesuatu yang sulit menjaganya dalam pergaulan, kalau hilang atau jatuh hilang semua harapan, seperti kehilang budi dari seseorang.
  86. Bak manggadangkan anak ula, umpamo mamaliharo anak harimau.Seseorang yang didik dari kecil dengan ilmu pengetahuan, tetapi kelak setelah dia besar dibalas dengan perbuatan yang jahat.
  87. Bak aia jatuah ka kasiak, bak batu jatuah ka lubuak.Sesuatu persoalan yang diajukan, tetapi dilupakan buat selamnya, yang seharusnya perlu lu ditekel dengan segera.
  88. Bak bagantuang di aka lapuak, bak bapijak didahan mati.Seseorang yang mengantungkan nasib pada orang yang sangat lemah ekonomi dan pemikirannya.
  89. Bak ayam indak ba induak, umpamo siriah indak ba junjuang.Suatu masyarakat atau anak-anak yang tidak ada yang akan memimpin atau memeliharanya.
  90. Bak malapehkan anjiang tasapik, bak mangadangkan anak harimau.Seseorang yang ditolong dengan perbuatan baik diwaktu dia dalam kesempitan tetapi setelah dia terlepas dari kesulitan, dia balas dengan kejahatan.
  91. Bak api didalam sakam, aia tanang mahannyuikkan.Seseorang yang mempunyai dendam diluar tidak kelihatan, tetapi setelah terjadi kejahatan saja baru diketahui.
  92. Bak tapijak dibaro angek, bak cando lipeh tapanggang.Seseorang yang sifatnya tergesa-gesa, berbuat tanpa memikirkan akibat.
  93. Bak maungkik batu dibancah, bak manjujuang kabau sikua.Suatu pekerjaan yang sukar dikerjakan, dan kalau dikerjakan menjadi sia-sia, bahkan menimbulkan kesulitan.
  94. Baban barek singguluang batu, kayu tapikua dipangkanyo.Suatu pekerjaan yang dikerjakan tetapi tidak ada keuntungan materil yang diharapkan (sosial)
  95. Bak kudo palajang bukik, umpamo gajah paangkuik lado.Suatu pekerjaan bersama-samalah seorang dari orang yang berjasa dalam pekerjaan itu tidak diberi penghargaan sewajarnya.
  96. Bak banang dilando ayam, bak bumi diguncang gampo.Suatu kerusuhan dan kekacauan yang timbul dalam suatu masyarakat yang sulit untuk diatasi.
  97. Bak baluik di gutiak ikua, bak kambiang tamakan ulek.Seseorang yang mempunyai sifat dan tingkah laku yang kurang sopan dan tidak memperdulikan orang lain yang tersinggung karena perbuatannya.
  98. Babana ka ampu kaki, ba utak ka pangka langan.Seseorang yang mudah tersinggung dan mudah berkelahi karena hal kecil.
  99. Baumpamo batuang tak bamiyang, bak bungo tak baduri.Seseorang yang tidak mempunyai sifat malu dalam hidup, baik laki -laki dan perempuan.
  100. Basilek dipangka padang, bagaluik diujuang karieh, kato salalu baumpamo, rundiang salalu bamisalan.Pepatah, petitih, mamang, bidal, pantun dan gurindam Adat Minang Kabau, selalu mempunyai arti yang tersurat dan tersirat (berkias).