Isnin, 27 Jun 2011

KAMA'A PA'I ADAIT DI BAO SATO

Para Yang di Per Tuan Besar Negeri Sembilan.....Malaysia .

                                                                                                                                                                                    Di Malaysia, Negeri Sembilan
adalah lebih dikenali atau terkenal dengan nama negeri Adat Perpatih.
Malah yang paling pelik bin ajaib, undang-undang adat perpatih  termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan Negeri Sembilan. Termaktub dalam perlembagaan  Negeri Sembilan’ dan tidak boleh diubah kerana ia adalah perlembagaan dasar negeri. Bukan itu sahaja adat perpatih adalah undang-undang atau by-law bagi banyak tanah pusaka leluhur di Negeri Sembilan.Adat ini mendahulukan perempuan. 

Mezium Negeri Sembilang
                                               Tanahnya diberi kepada perempuan, rumah nya di beri kepada perempuan dan sawah bendang dan kebun di beri kepada perempuan. maksud nya pusaka tinggi ( warisan dari ibu nya ).

Sejarahnya bermula bila orang-orang Minangkabau berhijrah ke Melaka pada kurun ke-12, mereka bukan sahaja membawa saudara mara malah membawa segala adat istiadat, dialect, pakaian, tarian dan segala budaya Minang bersama-sama mereka. Rumah pun mengikut bentuk tanduk seperti di Pagar Ruyung. Malah mereka juga membawa adat perpatih


Raja Melawar di datangkan dari Pagaruyung Minangkabau.
Bila mereka berpindah ke Melaka, orang-orang Minang ini bersetia kepada kesultanan Melaka tetapi setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, orang-orang Minang tidak mahu tunduk kepada penjajah Portugis



Sebaliknya mereka berperang melawan penjajah ini dan berlindung kepada kesultanan Johor. Banyak serangan orang-orang Minang disertai oleh orang-orang Johor melawan Portugis 
                   . Sejarah membuktikan orang Minang memang kental dan tidak mahu tunduk kepada penjajah bangsa 

Eropah tidak kira Portugis atau Inggeris. Perang Naning adalah satu perang besar melawan Inggeris yang diketuai oleh suku sakat Minang yang berlaku pada kurun ke-17. Ramai orang-orang Minang mati dibunoh oleh penjajah Inggeris di Melaka dan Negeri Sembilan. Begitu juga raja-raja ditawan oleh Inggeris dan dipaksa tunduk kepada gabnur mereka.


Sehingga kurun ke-16, dalam zaman penjajah Inggeris di semenanjung, orang-orang Minang mula memerintah tanah kampong halaman mereka sendiri. Dari itu mereka telah memilih untuk membawa raja dari keturunan Pagar Ruyung. Pada masa itu sultan yang memerintah Pagar Ruyung di Indonesia ialah Sultan Abdul Jalil dan baginda telah menghantar keturunannya iaitu Raja Melawar sebagai turunan pertama menjadi raja di negeri beradat ini.

Disitulah bermula kerajaan mini Minang di tanah Melayu. Dan seterusnya, walau raja-raja Pagar Ruyung telah lama hilang namaun orang-orang negeri beradat semenanjung masih mempunyai raja Minang sehingga sekarang.



Berikut adalah senarai raja-raja turunan Minang di Negeri Sembilan.

1. Raja Melewar 1773-1795 . didatang kan dari Pagaruyung

2. Yam Tuan Hitam 1795-1808 dari Pagaruyung

3. Yam Tuan Lenggang 1808-1824 dari Pagaruyung

4. Raja Radin 1824-1861 Putra Yam Tuan Lenggang

5. Yang di-Pertuan Imam 1861-1869  Saudara Raja Radin

6. Yam Tuan Antah 1872-1888    Saudara  Raja Radin

7. Tuanku Muhammad 1888-1933   Putra  Yam Tuan Antah

8. Tuanku Abdul Rahman 1933-1960    Putra Tuanku Muhammad

9. Tuanku Munawir 1960-1967   Putra Tuanku Abdul Rahman

10. Tuanku Ja’afar 1967-2008    Putra Tuanku Munawir

11. Tuanku Muhriz 2008-     Putra  Tuanku Munawir

Demikian lah kisah Minang di negeri beradat ini . Biar mati anak jangan mati adat. Kata-kata keramat orang-orang Minang zaman berzaman.

Istana Lama Seri Menanti - berusia ratusan tahun, dibina tiada paku walau sebatang, bukti kepandaian orang Minang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan